MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM dengan Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengenai penganjuran Hari Belia Negara 2023

SEREMBAN 11 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kelab Permotoran SRMM sebagai rakan kerjasama penganjur Hari Belia Negara 2023 telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mohamad Taufek Abd Ghani di Pejabat SUK Seremban.

Pertemuan ini bertujuan memberi taklimat dan penerangan berhubung penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2023 yang dijadualkan pada 20-21 Mei ini di Port Dickson.

Sesi penerangan telah disampaikan oleh Timbalan Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari dan Minggu Belia Negara, Sdr. Mohd Fairos Rusli.

Pertemuan juga membincang mengenai ruang kerjasama bagi Kerajaan Negeri untuk turut sama dalam pengisian aktiviti dan membantu dari sudut gerak kerja.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Zul Fadhli Abd Aziz dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »