MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM-Chery Malaysia jayakan program Jelajah Reach Out MBD Cummunity

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini melangkah lebih jauh dalam usaha memperkasa komuniti belia melalui pertemuan bersama Chery Malaysia yang diwakili Puan Celestre Lim, Pengarah Jenama dan Pemasaran di Ibu Pejabat Chery Malaysia Damansara.

Pertemuan yang diketuai oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez ini membincangkan kerjasama strategik dalam menjayakan program jelajah Reach Out MBD & Community yang akan berlangsung dari September hingga November ini.

MBM berbesar hati menerima respon positif daripada pihak Chery Malaysia dalam menyokong program ini termasuk beberapa aktiviti terdekat seperti Malaysian International Youth Exchange (MiYE) pada Oktober.

Kerjasama ini melibatkan sumbangan penggunaan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai kenderaan rasmi bagi memastikan kelancaran program-program yang dirancang.

Program jelajah Reach Out MBD & Community Rakan Muda di bawah segmen Rakan Ekspresi dianjurkan oleh MBM dengan kerjasama KBSMalaysia.

Terima kasih kepada Chery Malaysia atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada inisiatif belia negara.

Hadir sama Pegawai Sekretariat MBM Sdr. Syahmi Shamsudin, Sdr. Saiful Bahri Bakhtarudin dan Sdri. Verolyn Hilton.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »