Kuala Lumpur | 24 Julai – Mengadakan pertemuan bersama Dato Haji Mohammad Khairi bin Haji A. Malik; Setiausaha Politik Kepada Menteri Pertahanan Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Hadir mengetuai pertemuan tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM dan turut disertai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM.
Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama antara MBM dan Kementerian Pertahanan khusunya melibatkan belia.
Dalam pertemuan tersebut juga, beliau yang merupakan mantan Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) telah berkongsi pengalaman ketika berada didalam pertubuhan belia bermula dengan persatuan dikawasan kampung.