PUTRAJAYA 26 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ahmad Faizal Azumu berhubung kemelut isu had umur belia. Pertemuan berlangsung di Pejabat YB Menteri di Menara KBS.
Alhamdulillah Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung telah mewakili MBM menyampaikan hasrat rakan-rakan Dewan Tertinggi seperti yang diputuskan dalam DT Khas MBM baru-baru ini.
Seusai debat pertama yang agak telus, mencabar dan tegang namun mesra (friendly), MBM telah kemukakan cadangan dialog antara YB Menteri dan DT akan diatur dalam masa terdekat.
YB Menteri membuat keputusan di parlimen baru-baru ini atas kefahaman yang beliau ada. Namun MBM minta YB Menteri juga mendengar dan memahami situasi sebenar belia-belia berpersatuan di bawah ini yang jumlahnya bukan sedikit.