PUTRAJAYA 25 Nov – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Ketua Penerangan MBM Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Dr Hjh Wasitah Mohd Yusof di pejabat beliau.
Pertemuan ini membincangkan kerjasama program-program terdekat, penambahbaikan pertubuhan belia dan gerak kerja pemerkasaan pertubuhan belia. Hadir sama Setiausaha Sulit YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan.