KUALA LUMPUR 19 Mei – Sdr. Muhammad Abu Kadir Mubarak Ali, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengunjungi Duta Besar Brazil ke Malaysia TYT. Ary Norton De Murat Quintella di kediamannya.
Pelbagai perkara dibincangkan antaranya mengenai sosial, ekonomi, politik serta peranan belia dalam mendepani isu-isu terkini di Malaysia. Turut sama dalam pertemuan ini Encik Tan Sian Hoo, Setiausaha Akhbar Menteri Luar Negeri.
