MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertemuan MBM-Akademi Kenegaraan bincang program transisi kepimpinan

PUTRAJAYA 6 Feb – Delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid telah berkunjung ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bagi membincangkan beberapa program secara bersama bagi penggal kali ini.

Perbincangan juga tertumpu kepada pelaksanaan program transisi kepimpinan bagi melahirkan pemimpin muda menjelang penurunan had umur belia pada 2026.

Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Ketua Pengarah AKM, Tuan Shahrir Zaman kerana menerima delegasi MBM dan komited dalam membantu pelaksanaan program terdekat ini.

Turut hadir sama Sdr. Ahmad Farhan Rosli, Setiausaha Agung MBM; Sdr. Hasnul Haniff Harun, Sdr. Aluyis Lim Soon Pin, Naib Presiden dan Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Ketua Penerangan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »