KUALA LUMPUR 10 Dis – Buat julung kalinya satu sesi pertemuan dan dialog di antara Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Bersama Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak.
Sesi dialog ini menjadi platform terbaik buat MBM dan JBSNegara memperkukuhkan hubungan dan fokus dalam memperkasa pembangunan belia negara.
“Menjadi hasrat saya agar hubungan JBSN-MBM terus diperkukuh dan dipertingkatkan demi pembangunan belia lebih-lebih lagi menjelang pelaksanaan Akta 668 pada 2026 nanti”, ujar Puan Azura.
Sesi ini dikendalikan oleh Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan di samping Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Turut hadir Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia JBSNegara; Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia JBSNegara; Encik Hasnata Hasan, Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY); Pengarah-Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta barisan kepimpinan dan ahli-ahli gabungan MBM seluruhnya.