KUALA LUMPUR 31 Julai – Sdr. Hanif Abdullah mewakili MARI telah mengadakan pertemuan bersama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha bagi membincang kerjasama, inisiatif dan pendanaan program pembangunan belia Malaysia terutama daripada perspektif pendidikan demokrasi, undi 18 dan sosialisasi politik.
Turut hadir bersama Sdr Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdri. Atiqah Shairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM telah pun berkongsi pengalaman MBM dalam menjalankan program-program belia di akar umbi dan juga jalinan kerjasama MBM dengan Agensi Kerajaan dan Kementerian-kementerian yang berkaitan.