Pertandingan “Youth PSA Fund” merupakan bantuan pembiayaan untuk golongan belia di Malaysia yang mempunyai idea dalam menghasilkan PSA yang kreatif. Tujuan pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Melahirkan idea-idea PSA yang baru dan kreatif di kalangan belia;
- Memberi pendedahan kepada golongan belia yang kreatif untuk memperkembangkan idea mereka;
- Memberi peluang kepada golongan belia memperkembangkan bakat kreatif mereka ke layar skrin.
FORMAT PSA:
- Cerita Pendek
- Animasi
- Muzik Video
TEMA : “Belia Sayang Negara”
PELAN PERANCANGAN:
15 Mei 2016 – Majlis Pelancaran Pertandingan “Youth PSA Fund”
15 Jun 2016 – Tarikh tutup penyertaan
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
- Terbuka kepada Warganegara yang berumur antara 18 hingga 40 tahun;
- Idea mestilah asli dan belum pernah diterbitkan;
- Idea PSA berdurasi dibawah 3 minit;
HADIAH:
3 Idea PSA yang yang terpilih akan diberikan pembiayaan dari RM50,000 hingga RM100,000;
CARA PENYERTAAN:
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Content Malaysia Pitching Centre:www.pitchingcentre.com.my pada atau sebelum 15 Jun 2015.
Idea yang layak akan dipilih untuk ke sesi pitching.