MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertandingan memasak cucur antara pengisian Reach Out MBD & Community Port Dickson

PORT DICKSON 20 Okt – Reach Out MBD & Community edisi ke-23 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Pelbagai pengisian ditawarkan seperti perkongsian teknik pengucapan awam yang disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Penerangan Port Dickson.

Dalam sesi bicara tokoh pula menampilkan Puan Norazliana Nadri, Tokoh Kepimpinan Belia Negeri Sembilan 2007, Sdr. Dineshkumar Narayanasamy, Tokoh Belia Keterampilan 2021, Tokoh Belia Negeri Sembilan 2022 dan Tokoh Belia Emas Perdana 2023. Banyak pengalaman dan cerita yang dikongsikan bersama peserta yang hadir.

Istimewa kali ini kerana turut dianjurkan pertandingan memasak cucur yang ditaja sepenuhnya oleh Adabi Malaysia di samping pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak. Dalam sesi sembang santai, Presiden MBM telah berkongsi hala tuju MBM di samping persediaan MBM dalam menuju penguatkuasaan Akta 668 menjelang Januari 2026.

Hadir sama Sdr. Mohd Fairus Rusli, Timbalan Presiden MBM merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat, Exco MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil dan Sdri. Jessy Ng, barisan kepimpinan MBN Negeri Sembilan dan Puan Siti Aalifah Rahmat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Daerah Port Dickson.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »