MAJLIS BELIA MALAYSIA

Persinggahan Pertama Jejak Ramadan MBM Semarakkan Ukhuwah Belia di Pahang

KUANTAN 11 Mac – Persinggahan pertama program Jelajah Jejak Ramadan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di Padang MPK1, Dataran Kuantan berlangsung meriah dengan kehadiran belia dan masyarakat setempat dalam suasana penuh ukhuwah sempena Ramadan.

Rombongan MBM disambut oleh Timbalan Presiden bersama barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) serta wakil Majlis Belia Daerah Kuantan, Temerloh dan Maran.

Sebelum berbuka puasa, Presiden MBM bersama kepimpinan MBNP menyampaikan kurma kepada tetamu yang hadir.

Beliau turut menyantuni belia yang hadir sambil menggalakkan mereka mendekati persatuan belia selaras dengan had umur belia di bawah 30 tahun.

Padang MPK1 Dataran Kuantan yang terkenal sebagai lokasi tumpuan warga Pahang berbuka puasa bersama keluarga setiap kali Ramadan menambah kemeriahan program, selain mengeratkan silaturahim antara pemimpin belia dan masyarakat setempat.

Destinasi seterusnya jelajah meneruskan perjalanan ke Besut, Terengganu. Teruskan bersama kami untuk perkembangan seterusnya!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »