MAJLIS BELIA MALAYSIA

Persidangan Sukarelawan Belia Siswa Kebangsaan sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2024

DALAM TALIAN 12 Nov – Telah berlangsung mesyuarat penyelarasan secara dalam talian (google meet) bagi menjayakan Program Persidangan Sukarelawan Belia Siswa Kebangsaan 2024 sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2024 yang dijadualkan pada 7-8 Disember nanti.

Persidangan Sukarelawan Belia Siswa Kebangsaan merupakan inisiatif GPMS yang akan digerakkan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM).

Persidangan ini merupakan persidangan pertama buat julung kalinya yang melibatkan badan sukarelawan negara bagi menghidupkan semangat sukarelawan buat belia dan masyarakat.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr Ibnu Isa selaku Exco MBM merangkap Pengerusi Sukarelawan MBM bersama Sdr. Firdaus Baharuddin selaku Pengerusi Sukarelawan & Kebajikan GPMS.

Persidangan ini juga telah mendapat perhatian dan buah fikir oleh Presiden Majlis Belia Malaysia Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid.

Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Sedunia pada Disember nanti, seramai hampir ratusan sukarelawan akan dihimpunkan melalui persidangan ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »