DENGKIL 23 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid telah memenuhi undangan ke Majlis Penutup Persidangan Agung Tahunan (PAT) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung – Rasmi kali ke-68 & 69 di UiTM Dengkil, Sepang.
Hadir merasmikan persidangan ini Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abdul Halim.
Tahniah kepada kepimpinan GPMS Kebangsaan di bawah teraju Sdr. Muhd Fazreen Ismadi.
Sebagai salah sebuah gabungan MBM yang berpengaruh dan berteraskan pendidikan, didoakan semoga GPMS terus aktif dalam perjuangan mendidik anak bangsa.
Hadir sama Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM.
Belajar terus belajar!