DALAM TALIAN 16 Sep – “Penganjuran program Santai Kopitiam Belia sempena Sambutan Hari Malaysia oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku rakan strategik Friends of Unity Kementerian Perpaduan Negara Negara mampu mengukuhkan agenda perpaduan serta meningkatkan semangat patriotisme di kalangan belia seterusnya memperkasa penglibatan komuniti untuk sama-sama menyemarakkan semangat perpaduan Keluarga Malaysia”, kata Datuk Halimah.
Program secara maya ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara turut disertai YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara. Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, pengurusan dan pegawai Kementerian Perpaduan serta pemimpin-pemimpin belia dari pelbagai kaum.
“Marilah kita sama-sama mendalami makna Hari Malaysia. Ini masanya untuk kita sentiasa memperkukuhkan azam dan membugarkan semangat perpaduan seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang bersatu hati sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang berjaya dan dihormati”, ujar Halimah.
Dalam program ini juga YB Menteri mengumumkan pemenang-pemenang hadiah utama pertandingan TikTok Ceritera Merdeka.