KUANTAN 16 November – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada perwakilan-perwakilan Gerakan Belia 4B Kebangsaan sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 bertempat di Kolej Universiti Yayasan Pahang.

Turut disampaikan ialah Pingat Jasa Belia kepada bekas kepimpinan 4B yang banyak menabur jasa kepada gerakan belia dan Negara.

Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Naib Presiden, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz hadir mewakili MBM.

Leave a Reply

Translate »