“Tenang wajahnya, seperti tenangnya kepimpinan beliau”
Sebentar tadi, pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili Presiden serta Setiausaha Agung MBM hadir ke Masjid Negara untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 atau lebih mesra di hati rakyat Malaysia sebagai Pak Lah.
Pak Lah bukan hanya pemimpin negara. Beliau juga pernah menerajui GPMS, antara organisasi yang menjadi teras kepada gerakan belia di Malaysia. Maka, hubungan beliau dengan kami bukan sekadar sejarah tapi warisan yang hidup, yang membentuk cara kami melihat kepimpinan dengan hikmah, dengan sabar, dan dengan hati.
Nilai hormat.
Nilai budi bahasa.
Nilai memimpin dengan kasih, bukan marah.
Nilai berfikir sebelum berkata, dan mendengar sebelum menjawab.
Pemergian Pak Lah satu kehilangan buat negara. Tapi lebih dari itu, ia satu kehilangan buat jiwa-jiwa muda yang belajar erti kepimpinan daripada teladan beliau.
MBM merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya buat keluarga Allahyarham. Kami mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat, diampuni segala dosanya, dan ditempatkan bersama para solihin.
Terima kasih, Pak Lah.
Terima kasih atas cinta yang tak banyak disebut,
Tapi sangat kami rasa.
Al-Fatihah.


