MAJLIS BELIA MALAYSIA

PERDANA MUAR KONSULTASI BERSAMA MENTERI BELIA DAN SUKAN

MUAR 28 Jun – Majlis Belia Malaysia MBM, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar telah menganjurkan Perdana Muar Konsultasi Bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Stadium Sultan Ibrahim di sini.

Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada Malaysia Future Leaders School (MFLS), Institut Latihan Kemahiran dan Belia Mahir.

Melalui program ini peserta berpeluang mengetahui hala tuju KBS dan menyuarakan pendapat atau pandangan mereka mengenai pembangunan belia Negara yang dijawab oleh YB Menteri.

Turut hadir Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Timbalan Presiden MBM Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »