MAJLIS BELIA MALAYSIA

perbincangan perkembangan penganjuran Konvensyen Belia Nasional

KUALA LUMPUR 1 Julai – Telah berlangsung perbincangan perkembangan penganjuran Konvensyen Belia Nasional (KOBEN) yang dahulu dikenali sebagai Konvensyen Majlis Belia Daerah bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negara.

Gerak kerja awal KOBEN telah digerakkan mengikut zon bagi mendapat input pemerkasaan Majlis Belia Daerah (MBD) melalui dialog dan sidang meja bulat untuk membincang hasil dapatan akan diadakan pada 3 Julai 2021.

Disebabkan Covid-19, penganjuran KOBEN secara fizikal ditangguhkan buat sementara waktu dan akan diadakan secara maya dan ringkas terlebih dahulu.

Bersama dalam mesyuarat, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Sdr. Aswanuddin Harifuddin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »