KUALA LUMPUR 25 Mei – Perbincangan penyelarasan penganjuran Projek Rintis Pertanian (BUDS) Negeri Selangor anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama HRDF dan Majlis Belia Negeri Selangor telah berlangsung secara dalam talian.
Perbincangan dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Shah Mohamad, Exco MBM merangkap Penyelaras Program BUDS. Turut serta dalam perbincangan ialah Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin , Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBS dan Sdr. Nuralif , Exco MBS.
Secara dasarnya MBS bersetuju melaksanakan Projek Rintis Pertanian ini pada 16 Ogos – 4 September 2021 bertempat di Bangi, Selangor.
Belia-Belia Selangor yang berminat, Jom rebut peluang ini.