MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan MFREN MBM mengenai inisiatif ekonomi belia

KUALA LUMPUR 25 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Majlis Alumni Rakan Muda Malaysia, Sdr. Faizal Lakimon.

Perbincangan berkisar mengenai perancangan bersama dalam mewujudkan satu inisiatif ekonomi kepada golongan belia seperti gerai jualan burger, membina kemahiran penggaya rambut (hair styling) di kalangan anak muda dan lain-lain.

Sasaran permulaan adalah kepada golongan belia bandar di sekitar Lembah Klang. Beberapa agensi akan terlibat dalam menjayakan usahasama ini seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Penggerak Rakan Muda, Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dan pertubuhan belia setempat.

Perbincangan dipengerusikan oleh Datuk Syed Osman Mohamed, Pegerusi MFREN dan turut disertai Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »