PUTRAJAYA 12 Jun – Sdr. Muhamad Iqmal Mahadi Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Timbalan Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani MBM (PIAT) telah mengadakan perbincangan bersama Encik Saiful Azhar Shaharun, Pegawai PTTK Menteri Belia dan Sukan.
Perbincangan mengenai agenda pertanian dan industri asas tani khusus kepada belia berpersatuan dan belia secara amnya.
Sebelum ini PIAT aktif menganjurkan kursus-kursus pertanian kepada para belia seluruh negara.
MBM komited bersama kementerian untuk terus menjayakan agenda sekuriti makanan dan mengharapkan lebih ramai anak muda terlibat dalam pertanian pintar dan lestari supaya Malaysia menjadi pengeluar dan pengeksport makanan khususnya dalam pasca Covid-19.