PEDAS 27 Disember – Perbincangan demi membina bangsa di antara Majlis Belia Daerah Rembau (MBDR) diterajui Sdr. Rafi Murad dan Kelab Kuasa Belia @ Youth Power Club (YPC) Rembau diterajui Sdr. Luqman.
Kedua-dua pihak bersetuju menumpukan agenda yang lebih penting untuk membina belia dan negara; bekerjasama dalam bidang disepakati dan berlapang dada pada bidang yang diperselisihkan; mengurangkan politik sempit sebaliknya mengutamakan politik matang dan menjayakan agenda menyatukan belia.
Majlis Belia Malaysia (MBM) akan terus berperanan menjadi payung pemersatu semua kelompok belia dan terus menumpukan kepada agenda pembangunan belia.
Hadir sama dalam pertemuan ini Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha.