PETALING JAYA 29 Dis – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sesi Perbincangan Meja Bulat Program ‘SAKU’ Training and Employment Programme (STEP) kelolaan PR1MA Homes.
Sesi ini dipengerusikan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Dato’ Dr. Fathul Bari dan dihadiri wakil MBM dan badan-badan gabungan.
STEP bertujuan menyediakan peluang pekerjaan bersama PR1MA kepada belia selain peluang menjalani latihan pengurusan, keusahawanan dan kesukarelawanan selama setahun.
MBM akan menjalin kerjasama bersama PR1MA dan akan diberikan peluang menyertai STEP ini bagi membantu belia mendapatkan pekerjaan dan latihan bersama PR1MA. Turut dibincangkan isu pemilikan rumah dalam kalangan belia.
MBM diwakili Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Sdri. Kavita Maheendran Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin Felo Penyelidik MBM merangkap Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Malaysia.
Hadir sama Dr. Mahadi Pengerusi IYRES KBS dan wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung – GPMS.
Terima kasih PR1MA kerana menyumbangkan 1,000 pek makanan melalui MBM untuk diagihkan kepada mangsa banjir.