SUBANG 7 November – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri dan membentang kertas kerja berkaitan Undi 18 dan pendidikan pengundi yang dihoskan oleh Datuk Kamarudin Md Nor, Ahli Komiti Reformasi Elektoral (ERC).
Ini merupakan beberapa siri lanjutan libat urus MBM bersama ERC bagi menjayakan Undi 18 dan mendidik belia dan rakyat agar matang memilih pemimpin dan berpartisipasi secara sihat dalam ruang demokrasi.
MBM diwakili oleh Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dan Naib Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.