KUALA LUMPUR 9 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri secara maya Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan Teknik Kumpulan Nominal (NGT) bagi Kajian Semakan Semula Dasar Pengguna Negara (DPN) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pengguna.
Para peserta bengkel telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. (MBM) telah terlibat dalam kumpulan 2, diwakili Sdr. Jufitri Joha, Presiden dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM serta kumpulan 4, diwakili Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco MBM.
Setiap peserta bengkel diminta memberikan pandangan dengan menjawab beberapa soalan dan diskusi semasa sesi perbincangan berdasarkan Skop Dasar Pengguna Negara sedia ada.
Sesi bengkel bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengahari.