DALAM TALIAN 28 Dis – Telah berlangsung sesi perbincangan perkembangan kajian bertajuk “Pengetahuan dan Amalan Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) Menerajui Pembangunan Belia Positif (PYD) dalam Dasar Belia Malaysia 2015-2035” yang diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha.
Ini merupakan tesis yang diintegrasikan berdasarkan pengalaman MBM melaksanakan dasar belia sehingga mencapai matlamat 8C PYD dalan setiap program dan aktivitinya.
Kajian ini juga menghasilkan artikel bertajuk “The Experience of Malaysian Youth Council in Implementing Malaysian Youth Policy 2015-2035”.
Turut sama 3 penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Dr. Ismi Arif, Dr. Mursyid dan Dr. Siti Rabaah serta Sdr. Fauzi Fadzil, Felo Penyelidik MBM.