KUALA LUMPUR 26 Julai – Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Majlis Belia Negeri Kelantan dan Exco Belia & Sukan Negeri Kelantan, YB Hj. Wan Roslan Wan Hamat secara maya.
MBM diketuai oleh Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin dan Sdr. Sivanesen, Felo Penyelidik MBM.
Perbincangan bekisar mengenai penyelarasan dan gerak kerja bagi inisiatif Relawan Untuk Malaysia peringkat Negeri Kelantan.
YB Exco memberikan sokongan penuh kepada MBM dan MBK untuk mempergiatkan agenda belia basmi Covid-19 dan memperkasakan rakyat yang terkesan akibat pandemik.