MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penutup Karnival Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (KSKK) MAYC Kebangsaan

KUANTAN 25 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri Majlis Penutup Karnival Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (KSKK) MAYC Kebangsaan bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Kuantan.

Majlis penutup disempurnakan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan NGO Negeri Pahang, YB Fadzli Mohamed Kamal yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang.

Tahniah kepada MAYC Kebangsaan dan MAYC Pahang atas penganjuran program yang cukup berjaya ini yang menghimpunkan penyertaan lebih 600 belia dari seluruh negeri.

Karnival sukan selama 3 hari ini mempertandingkan tujuh acara sukan dan kebudayaan antaranya Nyanyian Irama Malaysia, Badminton, Futsal Wanita, e-Sport, Sepak Takraw, Bola Sepak dan Bola Jaring.

Hadir sama Presiden MAYC Kebangsaan, Sdr. Mohd Al-Hafizi Haji Abu Bakar; Pengerusi MAYC Negeri Pahang, Sdr. Zafril Nasir dan pimpinan MAYC.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »