MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pengurusan yang cekap menjadi perbincangan utama

Kuala Lumpur 27 April 2022 – Sistem pentadbiran dan pengurusan yang sistematik serta cekap perlu diberikan keutamaan oleh setiap organisasi khususnya persatuan-persatuan belia. Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku badan induk terbesar persatuan belia utama di negara ini melalui Jawatankuasa Tetap Pentadbiran dan Pengurusan telah mengadakan mesyuarat pertama di MBM bagi mengenalpasti beberapa perancangan strategik bagi membantu persatuan belia khususnya badan gabungan MBM mengurustadbir persatuan dengan lebih cekap. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM turut dihadiri oleh Sdr. Muhammad Abu Kadir Mubarak Ali, Penolong Setiausaha Agung MBM serta Sdr. Sdr Janagken Yohayindra Kumar, Setiausaha Agung Majlis Belia India Malaysia dan Sdr.Mohd Hilmi bin Mat Saad dari Persatuan Pengakap Malaysia. Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan beberapa siri bengkel dan persidangan bersama dengan setiausaha badan gabungan MBM dalam masa terdekat bagi mengenalpasti beberapa punca kelemahan dalam pentadbiran dan pengurusan persatuan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »