MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pengurusan Pelajar Antarabangsa oleh Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem

Adalah sesuatu yang memeritkan kepada seorang pelajar antarabangsa untuk berada di sebuah negara yang asing, keadaan yang asing, cuaca yang asing dan makanan yang asing…

Atas dasar itulah dua buah NGO ini, Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem ditubuhkan dan mendapat sokongan penuh daripada IHH bagi menguruskan keperluan asas dan bantuan-bantuan kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang berada di Turki. Pelajar-pelajar yang mendapatkan khidmat dua buah NGO ini ialah pelajar-pelajar dari seluruh dunia termasuklah dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Kemboja dan Thailand. NGO-NGO ini ditubuhkan bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar antarabangsa bergraduasi dengan jayanya kerana statisti sebelum ini mendapati ramai pelajar antarabangsa gagal menyudahkan pengajian mereka.

Bantuan utama yang diberikan ialah penguasaan bahasa Turki yang merupakan 90% medium perhubungan di dalam universiti dan kehidupan seharian semasa berada di negara ini. Selain itu, ada beberapa aktiviti utama diadakan seperti :-

Kegiatan pendidikan ; seminar, aktiviti mengajar dan tuisyen, seminar persiapan ke universiti untuk bahasa Turki, bahasa Arab dan bahasa Inggreis, Web Design serta pengajian agama dan al-Quran.

Kegiatan sosial adalah untuk pertemuan mahasiswa antarabangsa, piknik, persembahan dan makanan negara, kejohanan sukan, hari wayang gambar, perjalanan domestik, perjalanan budaya, kunjungan kepada pemimpin di Istanbul, serta kunjungan ke rumah kegiatan siswa yang lain.

Layanan dan bimbingan untuk mahasiswa university dalam aplikasi, pendaftaran, pemilihan program pembelajaran. Selain itu, membantu urusan perumahan, transportasi, komunikasi dan masalah kesihatan untuk diselesaikan kebanyakan, seperti menasihati dan membimbing. Permohonan biasiswa juga diuruskan untuk siswa yang layak dan memerlukan.

Berdasarkan konsep “Kita adalah satu bangsa” (We are a nation), Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem akan berusaha memberikan sumbangan yang terbaik bagi memudah dan memberikan fasilitasi kepada pelajar-pelajar antarabangsa di negara Turki ini.

20 orang pelajar Malaysia yang berada di Turki juga menggunakan khidmat sepenuhnya Bab-I Alem dan Safire Bab-I Alem ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »