CHINI 17 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) sekali lagi menyertai proses demokrasi negara dengan menghantar tiga orang wakil sebagai Pemerhati dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Naib Presiden MBM telah mewakili pemerhati yang akan mewakili MBM di dalam taklimat yang disampaikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) khususnya mengenai perubahan dan pelaksanaan pilihan raya yang akan berjalan di dalam kelaziman baharu (new normal).
MBM akan diwakili tiga orang wakil iaitu Sdr. Mohd Izzat Afifi juga dua orang lagi pemerhati daripada Majlis Belia Negeri Pahang dan pensyarah dari UiTM Raub yang juga fasilitator Sekolah Politik MBM, program literasi politik dibawah MBM.