AYER KEROH 3 Januari – Majlis Gabungan Belia Melaka telah selesai melangsungkan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat Negeri Melaka yang berlansgung di Hotel Muzaffar, Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka.

Sidang dipengerusikan oleh YB Tuan P. Shanmugam A/L V. Pitchy selaku Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka.

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui wakilnya iaitu Sdr. Mohd Fauzi Hj. Fadzil, Felo Penyelidik MBM telah diberi ruang untuk membentangkan Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030. Model tersebut dijangkakan diluncurkan sekitar Mac 2022 sedang dalam peringkat pengumpulan data daripada lapan golongan sasar belia yang digariskan di dalam Dasar Belia Malaysia.

Kepimpinan belia di semua peringkat termasuk Majlis Gabungan Belia Melaka merupakan pihak yang terlibat secara tidak langsung untuk pembinaan MBPB 2030.

MPBN peringkat Negeri Melaka telah menyentuh 9 usul yang di bawa oleh kepimpinan belia, kesemua usul diterima untuk di bawa keperingkat kebangsaan untuk perbahasan lanjut. Antara usul yang diperbahaskan di peringkat MPBN Melaka adalah berkenaan peremajaan pertubuhan belia, ekonomi gig, MYKD, pusat aktiviti belia, DUN Belia Melaka, sijil kemahiran, agroteknologi, agropreneur dan kestabilan politik.

Perbincangan berjalan dengan baik dengan bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir sekitar jam 5.15 petang.

Leave a Reply

Translate »