KUALA LUMPUR 15 Sep – Pihak Dynamic Impact Training & Consultancy dan rakan strategiknya My SHEQA telah hadir ke Wisma MBM dalam sesi pertemuan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) bertujuan membincangkan peluang kerjasama bagi Kursus Kompetensi ‘OSH Coordinator’.
Melalui kursus ini pelatih akan diiktiraf sebagai ‘orang yang terlatih’ oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP).
Turut sama dalam pertemuan ini Sdr. Muhammad Abu Kadir Mubarak Ali, Penolong Setiausaha Agung MBM merangkap Pengarah PROKENS secara atas talian.