SEREMBAN 20 Okt – Reach Out MBD & Community Peringkat Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Belia Daerah (MBD) Seremban bertempat di Kampung LBJ, Seremban.
Program ini mendapat sambutan meriah di kalangan belia-belia setempat dan penduduk sekitar dengan pelbagai acara seperti pertandingan sepak takraw, mewarna, persembahan buskers sesi kesihatan wanita dan mental serta perkongsian ikon melalui segmen Jumpa dan Cerita.
Segmen Meet&Greet ini menampilkan Tokoh Belia Lelaki dan Perempuan Peringkat Negeri Sembilan iaitu Sdr. Abdul Akif Rahim dan Sdri. Norhazirah Mohd Ab Rashid.
Pelbagai tips dan pengalaman yang dikongsikan bersama peserta bagaimana untuk menjadi seorang tokoh belia di peringkat masing-masing. Di samping itu juga mereka turut kongsikan kelebihan yang diperolehi apabila menyertai pertubuhan belia.
Bagi segmen Cucur dan Kopi iaitu sesi ramah mesra antara Presiden MBM dan belia setempat yang dikendalikan oleh Sdr. Mustaza Mustaza Kamal, Pengerusi MBD Seremban. Terdahulu Presiden MBM menerangkan apa itu MBM, peranannya, hala tuju serta Akta 668 yang akan dikuatkuasakan menjelang Januari 2026.
Beliau mengajak anak muda menyertai persatuan belia selain peluang-peluang yang diperolehi apabila menyertai persatuan belia terutamanya pembelajaran kemahiran di bawah Belia Mahir.
Hadir sama Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan merangkap Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Bendahari Kehormat, Sdr. Mohd Izham Ahmad, Sdri. Jessy Ng dan Dr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM serta kepimpinan MBN Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada KBSMalaysia melalui Rakan Muda yang menjadi rakan strategik utama MBM dalam menjayakan program ini di samping Projek Belia Mahir dan Chery Malaysia.