NOVOSIBIRSK, 13 Mac – Perwakilan Malaysia pada program Regional World Youth Festival di Novosibirsk, Siberia, Sdri. Theiviya Lakshmikan dan Sdr. Idzham Haqim mengikuti lawatan ke Novosibirsk State University dan juga menghadiri sesi perkongsian bersama pihak Teknopark, sebuah incubator untuk usahawan muda.
Perwakilan Malaysia akan berkampung di Novosibirsk, Siberia selama lima hari untuk mempelajari dan juga bertukar pandangan, idea, budaya dan juga kenalan.