MELBOURNE 27 Jun – Delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) telah membentangkan dua kertas inisiatif program di XX ISA WORLD Congress of Sociology bertempat di Melbourne, Australia.
Kongres kali ke-20 yang berlangsung pada 27 Jun hingga 1 Julai ini merupakan persidangan bagi ahli sosiologi seluruh dunia dengan tema Resurgent Authoritarianism: The Sociology of New Entanglements of Religions, Politics, and Economies.
Kongres sociologi terbesar ini melaksanakan lebih kurang 70 sesi pada satu-satu masa disertai seramai 4,701 orang ahli sosiologi dan akademik.
Delegasi MBM diwakili oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM; Puan Bibi Zaleha Zurkiple, Pegawai Antarabangsa dan Puan Putri Balkis Mohd Nor, Penyelaras inisiatif BeMind (MBM-KKM).
Kertas yang dibentangkan oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim dan Puan Putri Balkis Mohd Nor dari MBM bertajuk “Nature School Pedagogy in Re-Imagining Sustainable Future of Young People in Malaysia” di dalam sesi Approaching Planetary Youth Research yang dipengerusikan oleh Profesor Sofia LAINE, dari The Finnish Youth Research Network, Finland and Kari SAARI, Juvenia – youth research and development centre, Finland.
Sesi tersebut dibawakan oleh Working Groups WG01 Sociology of Local-Global Relations dan RC34 Sociology of Youth. Selain itu, empat ahli panel lain dalam sesi tersebut menampilkan barisan akademia dan kajian mereka seperti;
- Wendi LI, dari University of Melbourne, Australia bertajuk Global Youth Climate Activism and Planetary Citizenship in Times of Crisis: A Global North and South Comparative Perspective;
- Profesor Rachel ZHOU, dari McMaster University, Canada bertajuk Moving Toward a Generational Conversation on Transplanetary Connectivity: A Case of Collective Reading By Global Youth on Reddit;
- Profesor Madya Hart FEUER, Kyoto University, Japan bertajuk Youth Food Literacy for Global Health and Ecology: Building Food System Awareness and Action;
- Profesor Mathias ALBERT, Bielefeld University, Germany yang mencadangkan idea berkenaan What Would a Planetary Youth Study Look like? The Challenges of Overcoming Methodological Nationalism.
Kertas kedua bertajuk “Exploring Safe Space for Collective Democratic Practice in All about Girls” dibentangkan oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim dibantu Puan Bibi Zaleha Zurkiple di dalam sesi Young People, the ‘Crisis of Democracy’ and Political Transformation.
Sesi tersebut dianjurkan oleh Professor Rob WATTS, RMIT, Australia and Professor Judith BESSANT, RMIT University, Australia .
Sesi ini dipengerusikan oleh Profesor Sarah PICKARD, Université Sorbonne Nouvelle – Paris , France dan Profesor Adjung Sharlene SWARTZ, University of Fort Hare, South Africa menampilkan lima panelis dari seluruh dunia.
Pembentang dan tajuk kertas lain yang dibentangkan adalah :
- Dr. Janina SUPPERS, University of Waikato, bertajuk Germany Young People’s Emerging Democratic Participation: A Mixed-Methods Case Study Exploring ‘Youthful Politics’ in a Rural Community in Germany;
- Dr Georgios KYROGLOU, University of Bristol – UK, United Kingdom and Matt HENN, Nottingham Trent University, bertajuk United Kingdom Young Political Consumers between the Individual and the Collective: Evidence from the UK and Greece;
- Profesor Cécile VAN DE VELDE, Université de Montréal, Canada berkenaan Listening to Anger : Youth Voices and the Transformation of Democracy;
- Debadatta CHAKRABORTY, University of Massachusetts Amherst, USA bertajuk Gendered-Racialized Phobic Coalitions: Transnational Authoritarianism, Youth Mobilization and Nationalist Politics of the Indian Diaspora in the US.
Pelaksanaan inklusif dan pengiktirafan kepada orang asal di Melbourne dan Australia sepanjang Kongres ini juga menjadi inspirasi kepada ahli delegasi. Setiap sesi dimulakan dengan pernyataan seperti di dalam gambar di bawah;
Majlis pembukaan turut menampilkan persembahan yang mewakili masyarakat Orang Asal di Melbourne.
*Kredit gambar di atas oleh International Sociological Association.
Delegasi turut mendapatkan ilmu berkenaan dengan kaedah dan sistem bagi mendayaupaya dan mengetengahkan masyarakat Orang Asal melalui perbincangan dan lawatan ke Melbourne City Council bagi memahami struktur pentadbiran dan pendekatan yang dilaksanakan untuk memelihara budaya dan tradisi Orang Asal di sana. Disebabkan faktor keselamatan dan privasi, gambar semasa lawatan tidak dibenarkan.
Pertemuan bersama pengurus dan fasilitator program pembangunan belia, Ron Laurie dan Avril Laurie turut diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama. MBM pernah bekerjasama dengan We Are One World bagi program Malaysian International Youth Exchange yang diadakan sempena Ulangtahun MBM ke-70 pada tahun 2018.
Delegasi turut mengadakan Pertemuan bersama Konsulat General Malaysia di Melbourne untuk bertukar pandangan dan perhatian terhadap perkara berkaitan rakyat Malaysia di Melbourne dan mengukuhkan ruang untuk kerjasama dan peluang bersama MBM.
Delegasi turut bertemu Profesor Farid Alatas selepas sesi kongres bagi membincangkan isu-isu sosial yang berkait dengan bidang ilmu sosiologi di Malaysia.