PUTRAJAYA 18 April – Seramai 13 orang belia dari pelbagai pertubuhan dan latar belakang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Jawatankuasa Belia Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi dalam Majlis Pelantikan Jawatankuasa Belia Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi (Youth Taskforce on Foreign Affairs and Diplomacy) MBM-KLN.
Turut berlangsung mesyuarat pertama jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Jawatankuasa ini merupakan hasil kesinambungan kerjasama antara MBM dan KLN menyediakan akses kepada program dan ilmu yang berkaitan dengan belia, hal ehwal antarabangsa dan diplomasi.
Objektif utama jawatankuasa ini adalah untuk mempromosikan fahaman yang lebih mendalam terhadap hal ehwal antarabangsa serta diplomasi kepada belia Malaysia. Dengan kolaborasi antara MBM bersama Wisma Putra ini, ia diharapkan kebolehcapaian antara belia dan hal ehwal luar negeri dipertingkatkan yang mungkin dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan penglibatan belia di dalam pelbagai platform.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.