MAJLIS BELIA MALAYSIA

PAT41 MBS : Regenerasi Kepimpinan Menuju 2026

SHAH ALAM 21 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri dan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) kali ke-41 yang berlangsung di Dewan Annex, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Perhimpunan ini menjadi wadah penting menghimpunkan kepimpinan dan akar umbi gerakan belia Negeri Selangor dalam menilai pencapaian, membincangkan hala tuju serta merangka perancangan strategik pembangunan belia negeri bagi tahun mendatang.

Dalam ucapan perasmian, Presiden MBM menegaskan kepentingan kesatuan gerakan belia, pengukuhan organisasi akar umbi serta peranan belia sebagai rakan strategik kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan negara. Beliau turut menyeru agar MBS terus memainkan peranan aktif sebagai suara belia Selangor yang progresif dalam kita menghadapi zaman penuh cabaran ini.

Majlis ini turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada tokoh dan pimpinan belia serta forum khas cabaran kepimpinan belia yang dibarisi panelis seperti YB Senator Dr. Jufitri Joha, Ahli Dewan Negara, Sdri. Loh Ker Chean, Pengasas Empati Malaysia, Encik Ahmad Shukri Adnan, Pengarah AKM Selangor dan Sdr. Iman Norhizam dari MBS sebagai Moderator.

MBM merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada kepimpinan Majlis Belia Negeri Selangor atas penganjuran yang tersusun serta komitmen berterusan dalam memperkasa gerakan belia di peringkat negeri.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »