MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pasca Mesyuarat Pengurusan Kanan MBM (14 Februari 2026)

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kanan pada 14 Februari 2026 bagi memperkukuh pelaksanaan gerak kerja belia nasional untuk suku pertama tahun 2026.

MBM menegaskan komitmen untuk memperkemas agenda organisasi, termasuk memperluas pendekatan turun padang serta memperkukuh keterlibatan akar umbi, khususnya menjelang bulan Ramadan melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan sukarelawan belia.

MBM turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) atas kesungguhan bersama MBM dalam menyegerakan pelaksanaan inisiatif Sejati MADANI, agar manfaatnya dapat segera sampai kepada pertubuhan belia di seluruh negara.

Sehubungan itu, MBM akan menggerakkan taklimat Sejati MADANI kepada seluruh rangkaian akar umbi belia dalam masa terdekat bagi memastikan penyelarasan pelaksanaan dapat dilakukan secara menyeluruh.

MBM juga mengambil maklum inisiatif pengaktifan semula Kelab Penggerak Rakan Muda dan bersedia bekerjasama rapat bagi menjayakan agenda pengukuhan generasi muda Malaysia, di samping memastikan kesinambungan agihan peruntukan kepada MBM dapat dikekalkan demi kelangsungan program pembangunan belia negara.

MBM kekal komited sebagai rakan strategik kerajaan dalam memperkasa belia dan memperkukuh ekosistem Malaysia MADANI.

AHMAD FARHAN ROSLI

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 16 Februari 2026

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »