MAJLIS BELIA MALAYSIA

Parti politik masih kurang kesedaran kongsi maklumat kempen, parti kepada OKU

KUALA LUMPUR: Parti politik dan calon bertanding dalam pilihan raya dilihat masih tidak begitu menekankan kepentingan menyediakan akses maklumat yang menyeluruh kepada pengundi dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pemangku Pengarah Eksekutif Bersih, Ngeow Chow Ying berkata, situasi itu menyebabkan ramai dalam kalangan mereka tidak begitu berminat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana mereka tiada maklumat mencukupi terutamanya dari aspek manifesto dan maklumat calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga katanya semakin cakna dengan keperluan OKU ketika hari mengundi namun akses kepada maklumat masih tidak begitu diberi perhatian khusus.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga katanya semakin cakna dengan keperluan OKU ketika hari mengundi namun akses kepada maklumat masih tidak begitu diberi perhatian khusus.

“Saya rasa ini mungkin perkara yang tak diambil berat untuk parti politik tapi ia penting kerana rakyat yang mengundi. Kena mengundi dengan ada maklumat.“Mereka kena tahu apakah polisi-polisi atau manifesto sebelum mereka boleh buat pilihan siapa yang pengundi kena mengundi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi libat urus membabitkan Bersih dan golongan OKU di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Orang Kurang Upaya Malaysia, Mohd Faiz Suhaimi berpendapat, kesedaran untuk menyediakan akses maklumat kepada OKU semakin meningkat namun masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Ada lebih banyak ruang untuk penambahbaikan, yang pastinya, bukan saja di peringkat media sosial tapi media utama tapi akses tersebut harus diberikan pada perangkat dasar.

“Apa yang saya lihat, setiap jabatan mempunyai kekurangan bahan hebahan sama ada yang berbentuk braille, atau juru bahasa isyarat kerana ini dua komponen OKU yang memerlukan bentuk sokongan sebegitu.

“Kemudian dari segi reka bentuk, penggunaan warna, perlulah guna warna yang sesuai untuk difahami komuniti seperti autism, maklumat itu perlu ringkas, tepat dan padat supaya boleh difahami OKU yang ada masalah pembelajaran,” katanya.

Artikel penuh :

https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-politik-masih-kurang-kesedaran-kongsi-maklumat-kempen-parti-kepada-oku-364756?fbclid=IwAR36Wal9aSZGlyHZdZaFtfV2LfHZ4JV9SM9APrWbj_gogpAw-K4BhOTElr0#.Yp16o3GP00I.whatsapp

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »