MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pandangan MBM tentang cabaran dan kekangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) di Astro AWANI

KUALA LUMPUR 25 Januari – Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersiaran langsung memberikan pandangan tentang cabaran dan kekangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Turut disentuh mengenai isu keselamatan siber yang harus diberikan perhatian oleh pihak ibubapa apabila anak-anak belajar bersendirian di rumah tanpa pengawasan ibubapa yang terpaksa mencari rezeki di luar.

Selain gesaan kepada Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan peranti percuma beliau turut mencadangkan penggunaan Buku Panduan Keibubapaan Siber yang dikeluarkan CyberSecurity Malaysia, National Cyber Security Agency, Malaysia dan National Council of Women’s Organisation Malaysia sebagai rujukan asas ibubapa bagi menangani isu keselamatan siber anak anak.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »