KUALA LUMPUR 27 Julai – Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal menjadi pembicara ke-5 Siri Webinar Bicara Generasi yang berlangsung di Facebook MBM.
Beliau sempat berkongsi pengalaman suka duka sepanjang menerajui badan induk belia ini dan pergerakan belia 4B.
Antara pendekatan yang dilaksanakan ialah;
– Mewujudkan DUN Belia di setiap Negeri yang kemudiannya idea ini diangkat Kementerian Belia dan Sukan melalui identiti baru iaitu Parlimen Belia Malaysia;
– Melancarkan MiB300 sebagai pengkaderan pemimpin muda selaras Dasar Belia Malaysia 2015;
– Melancarkan MyVoc sebagai produk ‘Kesukarelaan MBM’ melibatkan 9 bidang kesukarelaan dengan kolaborasi bersama KBS, Nadma, NGO, Swasta dan idea ini diangkat oleh KBS dengan mewujudkan MyCorp dengan skop lebih luas.
Beliau menekankan pendekatan ‘nyalarasa’ iaitu penghayatan terhadap perjuangan dalam kepimpinannya menerajui MBM. Beliau selalu mengingatkan diri bahawa kedudukan yang disandang merupakan amanah dan tempoh untuk mendidik diri menjadi lebih baik dan bersifat tawaduk.