MAJLIS BELIA MALAYSIA

NBA FOR YOUTH SUPERSTAR TALK WITH FORMER AMERICAN PROFESSIONAL BASKETBALL PLAYER

KUALA LUMPUR 25 Jun – Program bicara langsung ini menampilkan dua orang bekas jaguh bola keranjang terkemuka Amerika Syarikat (NBA) lewat tahun 90an iaitu Cappie Marie Pondexter, bekas atlet profesional Bola Keranjang Wanita (WNBA) dan Herman J.R. Reid Jr., bekas pemain bola keranjang lelaki yang pernah mewakili beberapa pasukan terkemuka NBA.

Program ini anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Belia Malaysia (MBM), Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan Majlis Sukan Negara.

Semangat juang yang tinggi, fokus, berdisiplin serta mempunyai mentaliti seorang juara. Itu merupakan gambaran yang boleh diberikan kepada legenda bola keranjang NBA ini.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan motivasi kepada generasi muda Malaysia supaya dapat mengambil sudut positif kedua-dua atlet ini melalui kesungguhan dan disiplin yang tinggi untuk maju dalam bidang diceburi.

Lebih dari itu, ia juga mampu menarik minat lebih banyak belia untuk melibatkan diri dalam sukan ini secara lebih serius dan mampu menyumbang pingat emas kepada negara dalam sukan bola keranjang suatu hari nanti.

Turut hadir Naib Presiden MBM, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Exco MBM, Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim dan Setiausaha Biro Antarabangsa MBM, Sdr. Idham.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »