MAJLIS BELIA MALAYSIA

MYVOC MBM ke Jepun timba ilmu pengurusan bencana global

SEPANG 24 Nov – Seramai lapan orang wakil Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir di bawah naungan Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC) telah berlepas ke Jepun untuk menyertai MYVOC International Disaster Training Programme yang berlangsung dari 25 hingga 30 November 2024.

Program ini bertujuan memperkukuh kemahiran serta pengetahuan dalam pengurusan bencana di peringkat antarabangsa.

Upacara ‘Sending-Off’ telah disempurnakan oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM yang hadir memberikan sokongan moral dan amanat kepada para delegasi di KLIA2.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan MYVOC MBM.

Semoga perjalanan ini membawa kejayaan, ilmu dan pengalaman berharga untuk manfaat negara serta komuniti global!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »