KUALA LUMPUR 7 Ogos – Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Kebudayaan Majlis Belia Malaysia (MBM) mempengerusikan mesyuarat penyelarasan kejohanan sukan elektronik ‘Myesports Belia Malaysia’ yang bakal dianjurkan bersama oleh MBM, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).
Ia dianjurkan sempena Hari Belia Negara (HBN) 2020 dan melibatkan negeri-negeri. Myesports merupakan mekanisme untuk menarik belia yang terlibat dalam sukan elektronik menyertai persatuan belia.