Kuala Lumpur | 1 -2 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan MY Volunteer Orientation Course 2022 sebagai mempersiapkan komuniti sukarelawan NGO dengan kemahiran pengurusan bencana dan sokongan psikososial kepada mangsa bencana bersempena dengan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2022. Kursus ini telah disertai oleh 38 orang sukarelawan.
Hari pertama, sukarelawan telah didedahkan dengan kemahiran Psychological First Aid dan simulasi lapangan yang disampaikan oleh Rahmah Support Team -RST. St. John Ambulance of Malaysia juga turut terlibat menyampaikan slot Bantuan Asas Kecemasan.
Hari kedua slot Pengurusan Risiko Bencana yang disampaikan oleh MERCY Malaysia. Sukarelawan juga telah membuat perbincangan dan pembentangan berkaitan kesiapsiagaan sebelum bencana dan tindakan semasa bencana. Slot telah diisi oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengisi slot terakhir dengan Tatacara Pengurusan Bencana.
Sukarelawan juga telah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti terapi yang sesuai dijalankan di Pusat Pemindahan Sementara semasa bencana. Selain itu, sukarelawan juga telah didedahkan dengan SOP agensi kerajaan dalam mengurus bencana di Malaysia selain peranan komuniti yang signifikan dalam mengurangkan risiko bencana.