PULAU PINANG 26 Dis – Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) telahpun berjaya melaksanakan Mesyuarat Perhimpunan Tahunan (MPT) kali ke-32 di AC Hotel Marriot. MPT MBNPP kali ini telah di sempurnakan oleh YB Dato’ Mansor Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Dalam ucapan YB Dato’ yang di wakili oleh Encik Rosli Othman, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang turut menyatakan perlunya mewujudkan Masyarakat 5.0 iaitu sebuah masyarakat yang menguasai kehidupan alam maya dan alam fizikal. Dalam ucapan YB Dato’ turut menyatakan akan memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada MBN bagi membantu mengurangkan beban MBN dalam menjayakan MPT pada kali ini.

Bagi pihak Majlis Belia Negeri, kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan peruntukan dan kesudian YB Dato untuk merasmikan MPT pada kali ini.

MPT pada kali ini juga turut dihadiri Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM, Encik Mozakir Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Tuan Haji Mohamed Sabri Alianas, Timbalan Pengerusi Alumni MBM Negeri Pulau Pinang.

MPT kali ke-32 sepakat memilih Sdr. Mohd Hafiz Ali Anuar sebagai Presiden MBNPP yang baharu menggantikan Sdr. Lim Swee Bok. MBNPP turut melancarkan tabung mangsa banjir Lembah Kelang. Tahniah dan selamat bersidang buat semua perwakilan.

Leave a Reply

Translate »