MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN Sidang III Penggal 34 sesi 2023-2024 bawa usul banjir, dadah dan e-sport

KUALA LUMPUR 11 Dis – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal 34 sesi 2023-2024 yang dihadiri seramai 142 orang telah selamat bersidang dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa.

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan seterusnya mempengerusikan persidangan.

Sebanyak tiga usul diangkat dan dibahaskan oleh ahli persidangan iaitu isu banjir, dadah dan e-sport.

Termaktub di bawah Akta 668, MPBN merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual melibatkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan.

Pada majlis sama, YB Menteri telah menyampaikan Sijil Penarafan 5 Bintang KBSMalaysia kepada MBM.

YB Menteri turut memaklumkan hasil persidangan kali ini akan dibawa sebagai nota Jemaah Menteri untuk diangkat oleh kementerian-kementerian berkaitan.

Turut hadir Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBSMalaysia; YB Exco Belia dan Sukan Negeri-Negeri; Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Pengerusi Tetap MBM; Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM; Pengarah JBSN Negeri-negeri, Wakil Agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan; Ahli Exco MBM dan pemimpin badan gabungan MBM.

Terima kasih kepada YB Menteri, Jawatankuasa Pelaksana MPBN serta semua pihak yang menjayakan persidangan ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »