MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN Selangor Sidang I Penggal ke-34 bahas lima usul belia

SHAH ALAM 17 Okt – Telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Selangor Sidang I Penggal ke-34 sesi 2023-2024 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam.

Persidangan dipengerusikan sendiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Sebanyak lima usul telah dibahaskan antaranya berkenaan cadangan mewujudkan pemantauan penggunaan sosial media di kalangan belia, pemerkasaan penggunaan kecerdasan buatan (Ai) dan isu perikanan.

Sebagai platform mengangkat suara belia akar umbi adalah diharapkan segala usul dan pandangan yang dibentangkan di bawa ke peringkat kerajaan seterusya memajukan belia Malaysia khususnya di Negeri Selangor.

Tahniah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Majlis Belia Selangor.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut sama hadir ke persidangan ini.

Hadir sama YB Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor; Presiden Majlis Belia Negeri Selangor Dato’ Mohd Imran Tamrin; Pengarah Jabatan Belia Sukan Negeri Selangor; wakil-wakil agensi kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pimpinan Majlis Belia Selangor.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »